27 April 2015

Cawangan Shaklee Malaysia




Kuala Lumpur - Sri Rampai ( BARU)
No 32, Jalan Rampai Maju 3,
Taman Sri Rampai
53300 KL
Telefon : 03-4142 1067

Penang
A-2, Jalan Todak 1
Pusat Bandar Seberang Jaya
136700 Perai
Telefon : 04 - 3974324

Ipoh
32, medan Istana 1
Bandar Ipoh raya
30000 Ipoh
Telefon : 05- 2418260

Johor Bahru
47,49 & 51, Taman Molek 3/20
Taman Molek
81100 Johor Bahru
Telefon : 07 - 350 7245

Kota Bharu
319, Seksyen 25, Bndar Kota Bharu
Jalan Sultan Yahya Petra
15200 Kota Bharu
Telefon : 09 - 747 8688

Kota Kinabalu
Lot 4.1 Neutron Point
Lrg Poin Neutron
Jln Lintas Khidmat
88300 Kota Kinabalu
Telefon : 08 - 8393848


Nureen Ahmad (Facebook)
Awra i-sihat (Page Facebook)
Shaklee ID : 881110
nanurinos@gmail.com
+6012 799 5298 (Call/SMS/WhatsApp)



Berminat nak jana income dengan Shaklee? Nak ada bisnes side income yang mampu jana 3-4-5 angka? Tiada yang mustahil bersama Shaklee. Hubungi saya ; Telefon : 012.799.5298 email : nanurinos@gmail.com

SMS/WhatsApp 6012 799 5298 untuk pertanyaan mengenai pembelian produk Shaklee dan untuk mendapat response yang lebih pantas!

22 April 2015

PENGEDAR SHAKLEE KLUANG:TPIS MENGHADAPI CUACA PANAS




Cuaca panas terik dan kering adalah fenomena yang biasa di kawasan tropika seperti Malaysia.Tapi pada tahun ini dijangkakan cuaca panas melampau dan kering akan berlarutan sehingga September. Ia di kenali sebagai Musim panas ekstrem.Dengan keadaan cuaca yang panas melampau boleh memberi tekanan fizikal kepada tubuh badan dan kesihatan manusia termasuk menyebabkan kematian seperti strok haba.Strok haba atau heat stroke adalah paras suhu badan yang meningkat melebihi 40.5 darjah celcius. Suhu normal badan manusia kira-kira 37.0 darjah celsius.


STROK HABA

‘Strok Haba’ (Heat Strok) iaitu ‘Kejutan Suhu Panas’ adalah penyakit yang berkaitan dengan haba yang amat serius (Penyakit Suhu Panas Luar Biasa) - ketinggian suhu badan melampau (hyperthermia) 

Kesan dan risiko kesihatan disebabkan cuaca panas melampau :

1. Heat Fatigue – Keletihan/kelesuan akibat panas
2. Heat Syncope – Pitam/pengsan akibat panas
3. Heat Cramps – Kekejangan akibat panas
4. Heat Exhaustion – Keletihan/kepenatan akibat panas
5. Heat Stroke – Strok akibat panas


Tanda –tanda/simtom Strok Haba

Berikut kesan-kesan awal masalah kesihatan berpunca dari cuaca panas. Tanda-tanda dan gejala masalah kesihatan berkaitan panas adalah pelbagai, bergantung kepada situasi, keterukan atau keadaan sesuatu masalah itu. Gejala-gejala biasa yang selalu dihadapi termasuklah :
1. Pitam
2. Sawan
3. Dahaga
4. Berpeluh
5. Kekejangan
6. Lemah tumpuan
7. Tubuh kekejangan
8. Tekanan darah rendah
9. Lemah otot-otot badan
10. Loya, mual dan muntah
11. Keletihan dan kemalasan
12. Denyutan nadi yang pantas.
13. Kulit kering dan kemerahan
14. Pening dan Sakit kepala berdenyut
15. Kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas

Elakkan ketika cuaca panas melampau daripada :
.
1. Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.
2. Jangan biarkan hingga diri anda dahaga dan badan kekurangan air.
3. Elakkan berada di kawasan tempat terbuka apabila cuaca panas.
4. Membiarkan seseorang di dalam kereta yang bertutup rapat.
5. Bersenam dan melakukan aktiviti dalam persekitaran yang panas

Nasihat dari pakar kesihatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Prof. Dr. Jegan Thanabalan,Rakyat Malaysia perlu Minum banyak air suam, air isotonik dan hadkan aktiviti luar yang terdedah kepada cuaca panas terik.Dengan cara ini,boleh mengatasi Masalah kekurangan air dalam badan semasa cuaca kering dan panas kerana perubahan kandungan garam galian dalam badan boleh menyebabkan strok haba berlaku. 

Nak try minuman isotonik yang hebat?Performance Drink Shaklee merupakan minuman isotonik yang bebas karbonat dan less sugar.kenapa Performance Drink hebat?

  • Bebas gas atau tidak berkarbonat.
  • Kurang  kandungan gula (less sugar).
  • Performance Drink mempunyai kadar natrium yang rendah dan mempercepat kadar penyerapan cecair (elektrolit) dalam tubuh sekaligus anda akan mengatasi masalah dahaga – KURANG HAUS!
  • Bersifat isotonik iaitu minumam ini mempunyai jumlah kepekatan karbohidrat yang sama dengan darah kita. Kesannya ia akan mudah diserap dan sekaligus meningkatkan kadar gula di dalam darah dan impaknya- tubuh anda LEBIH CERGAS dan KURANG PENAT! 


Psstt:
hanya segelas Performance Drink hari ini. Ia memberi tahap hidrasi lebih baik berbanding air biasa.






Berminat nak jana income dengan Shaklee? Nak ada bisnes side income yang mampu jana 3-4-5 angka? Tiada yang mustahil bersama Shaklee. Hubungi saya ; Telefon : 012.799.5298 email : nanurinos@gmail.com

18 April 2015

PENGEDAR SHAKLEE KLUANG : PETUA RAWAT KULIT TERBAKAR/MELECUR KENA AIR/MINYAK PANAS


Cubalah rawat kulit melecur tersebut dengan mana-mana ikhtiar petua di bawah:

1. Daun lidah buaya / aloevera dan buah manjakani :
Sapukan bahagian kulit yang berkenaan dengan sedikit lendir daun lidah buaya / aloevera dan buah manjakani yang telah ditumbuk lumat.

2. Kapur sirih :
Oleskan kapur sirih pada bahagian yang melecur. Biarkan hingga kering. Setelah kering oleskan lagi. Anda akan terasa selesa tanpa meninggalkan parut.

3. Kopi :
Tepek kopi serta merta pada bahagian yang berkenaan. Anda akan rasa pedih seketika. Selepas anggaran 10 minit tanggalkan. Anda akan dapati kulit tidak melecur atau melepuh.

4. Getah pelepah pisang :
Sapukan getah pelepah pisang pada bahagian yang berkenaan dengan sekata. Elakkan terkena air supaya kulit tidak melepuh.

5. Sebiji telur :
Pecahkan sebiji telur dan kacau. Sapukan telur pada bahagian yang berkenaan menggunakan kapas. Apabila kering sapukan lagi.

6. Sabun mandi :
Gosok perlahan-lahan bahagian berkenaan dengan cecair sabun mandi. Lakukan hingga rasa sakit hilang.

7. Ubat gigi, kicap atau marjerin :
Sapukan ubat gigi, kicap atau marjerin pada bahagian berkenaan. Biarkan hingga kering. Elakkan dari terkena air anggaran selama setengah jam. Kulit akan berasa sedikit gatal dan mengelupas tetapi tidak mengelembung dan berair.


ANTARA VITAMIN SHAKLEE YANG BOLEH MEMULIHKAN KULIT MELECUR :

  • Vitamin E Complex : Antioksidan yang kuat untuk memulihkan parut luka(baiki kulit yang rosak) dan mencantikkan semula kulit dari kesan parut.Vita-E boleh dimakan dan Vita-E yang telah dipecahkan daripada kapsul boleh diratakan bagi membantu memudarkan parut kesan terbakar.
  • Vitamin C : di perlukan untuk pembentukan kolagen bagi pemulihan kulit wajahnya selain membantu meningkatkan imuniti agar tidak luka disambar api tersebut tidak mudah dijangkiti kuman.
  • Mealshake : Mengandungi semua jenis vitamin dan mineral dan datang dalam bentuk serbuk, senang dibancuh untuk diminum bersama air kesukaan. Multivitamin ini datang dengan set lengkap untuk penyembuhan luka dan menghilangkan parut dengan berkesan serta meningkatkan imuniti badan anak yang mengalami kemelucuran kulit tadi. Untuk orang dewasa, boleh pilih Vitalea dalam bentuk pil jika suka.
  • Basic H : Kulit yang luka akibat terbakar telah menjadi sensitif. Basic H adalah pencuci serbaguna yang boleh digunakan untuk mandi kerana ia bebas dr bahan kimia berbahaya dan tanpa klorin. (Bahan utama ialah minyak jagung).Basic H boleh 'menyejukkan' kawasan melecur daripada 'terbakar' dan menjadi lebih teruk, dan ia mengurangkan kesakitan. 

 Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam besen kecil yang mengandungi air. Kemudian sapukan atau lumurkan ke seluruh badan dan kepala

  • Herbalblend krim : Mengandungi bahan yang boleh menyembuhkan luka, melembutkan kulit, memberi kelembapan pada kulit dan mencantikkan kulit yang rosak.
  • ESP : untuk cepatkan luka sembuh, kandungan protein bagus untuk baik pulih tisu yang rosak dan parut
  • Zinc:Membantu penyembuhan luka.Kekurangan zinc menyebabkan luka lambat sembuh.Badan manusia mempunyai beberapa enzim yang bergantung pada zinc.Zinc menggalakkan sintesis kolagen yang seterusnya membantu dalam penyembuhan luka

Testimoni:

Mandikan anak dengan air campuran Basic H2 selepas anak tersimbah secawan air panas





Adik Haziq,Terkena letupan tin spray semasa membakar sampah. Menggunakan Meal Shakes, Chewable Vita-C, Basic H2, Herbal Blend Cream dan Vita-E Complex (sapu)






 **Jika melecur serius perlu rawatan di hospital.


Berminat nak jana income dengan Shaklee? Nak ada bisnes side income yang mampu jana 3-4-5 angka? Tiada yang mustahil bersama Shaklee. Hubungi saya ; Telefon : 012.799.5298 email : nanurinos@gmail.com

17 April 2015

PENGEDAR SHAKLEE KLUANG:PETUA MENGATASI MASALAH SEMBELIT

PETUA SEMBELIT:

Jika anda mengalami masalah sembelit iaitu sukar buang air besar, cubalah mana-mana petua sembelit di bawah. InsyaAllah sembuh.

1. Pisang atau betik :
Makan buah pisang atau betik selalu.

2. Pisang masak :
Ambil dua biji pisang lemak manis yang cukup masak. Buang kulitnya dan kisar bersama segelas air. Amalkan minum air pisang ini dua kali sehari sehingga sembuh.

3. Akar temu lawak :
Dapatkan akar temu lawak dan segenggam biji sawi. Masukkan ke dalam periuk dengan air secukupnya. Rebus hingga mendidih. Tutup api dan biarkan sejuk pada suhu bilik. Tapis dan minum airnya pagi dan petang setiap hari sehingga sembuh.

4. Daun gelenggang :
Rebus daun gelenggang dan jadikan ulaman makan bersama nasi setiap hari.


PETUA MODEN:


Herb Lax !

KEBAIKAN HERB LAX:
  • pembersihan najis yang tersekat
  • meransang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita
  • membantu masalah sembelit
  • tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi
  • mengempiskan perut
  • ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. sesuai di ambil seperti biasa atau dicampur dalam air panas, sebaai minuman teh herba.


9 herba semulajadi dalam Herblax Shaklee:


Senna Leaves – Merangsang tindakan pembersihan yg lembut pd usus dan perut, percepatkan proses detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan lemak.
Buckhorn bark – Melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan memberikan lembapan kepada usus.
Licorice Root – Membantu proses detoksifikasi.
Fennel seeds – Mengeluarkan toksin yang terkumpul akibat lebihan makanan dan pengambilan alcohol, membantu pencernaan dan berkesan untuk mengatasi masalah sembelit dan kembung perut atau usus.
Anise seeds – Merangsang pengeluaran jus gastrik untuk membantu proses pencernaan.
Rhubarb root – Herba yang banyak digunakan dalam perubatan Cina untuk digunakan sebagai antibiotik semulajadi.
Blue Malva Flower – Membantu proses detoksifikasi dan mengimbangi tekstur kulit.
Culver’s root - Membantu masalah lebihan air dalam badan dan asma.
Alfalfa leaves – Membersihkan usus, darah dan hati.


Cara makan Herblax:
Untuk kesihatan berpanjangan : 2 Kali seminggu,2-4 biji setiap kali sebelum tidur
Untuk detox/masalah sembelit : sehari 2-5 biji setiap kali sebelum tidur

*Tidak sesuai untuk ibu hamil & sedang berpantang




Berminat nak jana income dengan Shaklee? Nak ada bisnes side income yang mampu jana 3-4-5 angka? Tiada yang mustahil bersama Shaklee. Hubungi saya ; Telefon : 012.799.5298 email : nanurinos@gmail.com

PENGEDAR SHAKLEE KLUANG: CARA MENGHILANGKAN TUMIT KAKI PECAH


PUNCA REKAHAN PADA TUMIT KAKI :
  1. Kekurangan air menyebabkan kulit menjadi kering, berkilat, bersisik dan akhirnya keras diikuti dengan rekahan.
  2. Genetik atau baka antara faktor yang dikenal pasti sebagai salah satu punca tumit pecah. Jika keluarga anda mempunyai kulit yang kering, biasanya anda juga cenderung berdepan dengan masalah tersebut.
  3. Pertambahan berat badan turut menyebabkan tumit pecah kerana kaki tidak dapat menampung bahagian atas badan yang melebar.
  4. Sepanjang tempoh hamil, wanita juga berdepan dengan masalah ini. Ia dikaitkan dengan pertambahan berat badan dan perubahan hormon.
  5. Rekaan kasut yang tidak sesuai dan terlalu ketat. Pemakaian kasut tumit tinggi yang terlalu lama juga menyebabkan tumit mendapat tekanan yang tinggi.
  6. Tidak memakai stoking ketika bersukan menyebabkan kulit mudah tercedera.


CARA MENGATASI :
  • Minum air secukupnya. Jika cuaca panas, tingkatkan pengambilan air kosong agar tubuh anda tidak mengalami dehidrasi.
  • Kekalkan berat badan ideal.Urut kaki terutama di bahagian tumit sebelum tidur dengan 
  • menggunakan losyen, minyak atau krim khas. Ia bukan sahaja dapat melembap dan melembutkan kulit malah melancarkan perjalanan darah dan merehatkan bahagian ini selepas seharian kita bekerja keras.
  • Pakai stoking jika mengenakan kasut sukan. Pilih rekaan kasut yang sesuai dan tidak ketat agar kaki selesa.


PETUA TRADISIONAL:
  1. Lumur asam jawa di bahagian tumit , kemudian rendamkan kaki seketika di dalam air suam yang berisi garam bukit.
  2. Geselkan tumit kaki pada rumput yang masih berembun di waktu pagi. Lakukan setiap hari sehingga berpuas hati.
  3. Lenyek tumit atau bahagian kaki yang merekah dengan beberapa butir nasi yang masih suam. Lakukan setiap hari untuk hasil yang memuaskan.
  4. Gosok bahagian yang pecah dengan batu sungai, ia dapat menanggalkan sel kulit mati dan melicinkan bahagian ini.
  5. Gosok tumit pecah dengan bawang merah.


PETUA MODEN:

Herbal blend Shaklee


Gambar : Google


wanita mesti kecewa tumit merekah kan?Rasa macam nak  kikis je tapak kaki tapak kaki tu biar jadi licin..Okey jagan risau lagi..noq dah ade petua moden,hanye sapu saje..mudah kan..Herbal Blend merupakan  Krim yang menenangkan ini telah diuji secara klinikal di mana ia dapat melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah pada lutut, siku serta tumit kaki.

Rasa nya Dingin, bermentol dan tidak berminyak.Diperbuat daripada estrak herba semulajadi yang menenangkan termasuk sage, horse chestnut yarrow dan rosemary







Berminat nak jana income dengan Shaklee? Nak ada bisnes side income yang mampu jana 3-4-5 angka? Tiada yang mustahil bersama Shaklee. Hubungi saya ; Telefon : 012.799.5298 email : nanurinos@gmail.com

09 April 2015

PENGEDAR SHAKLEE KLUANG:PROMOSI SHAKLEE APRIL 2015



~ Promo April ~
Beli 6 Free 1
☆ GLA Complex
☆ Lecithin

Beli 2 diskaun 5 %
☆ Gla Complex
☆ Lecithin

Beli 3 percuma 1
☆ DTX Complex
☆ Chewable Vitalea fo kids
☆ Cinch Chocolatte 
☆ Cinch Caffe latte

Kalau uolss nak tahu,sepanjang bulan April 2015 ni
shaklee ade 8 promotions!
banyak kan?..heheeh

beli 6 dapat 7 lalalaaa . . owh maybe rasa banyak sangat kan?
okey,boleh beli 3 dapat free 1,tak cukup bajet pulak?
takpe beli 2 dapat diskaun 5% kan adooo

 [ Nurin 012.799.5298 ]


Berminat nak jana income dengan Shaklee? Nak ada bisnes side income yang mampu jana 3-4-5 angka? Tiada yang mustahil bersama Shaklee. Hubungi saya ; Telefon : 012.799.5298 email : nanurinos@gmail.com

PENGEDAR SHAKLEE KLUANG:PETUA MENGATASI SAKIT KEPALA,MIGRAIN DAN BAHAYA PARACETAMOL

Sakit kepala adalah berpunca dari saluran darah dan sel-sel saraf.Sel-sel saraf terdapat diseluruh badan.Apabila sel saraf ini dibangkitkan maka rasa sakit akan dialami.Kesakitan berlaku akibat kerosakan tisu. Bila banyak tisu rosak maka rasa sakitnya akan lebih teruk.Bagi mengubati sakit kepala seeloknya mengubati punca sakit terlebih dahulu.Sekiranya terlalu kerap mungkin menandakan sakit barah otak.

Manakala Sakit kepala migrain berpunca daripada pembesaran saluran darah dan bahan kimia yg terhasil daripada gentian saraf yang melilit saluran darah. Semasa sakit kepala, arteri temporal yg terletak di bawah kulit tengkorak membesar. Ini menyebabkan pembebasan bahan kimia yang menyebabkan keradangan, kesakitan, dan pembesaran arteri.

Nurin pon kerap sakit kepala..kalau berjalan kat tengah panas tu kejap je berdenyut2 kepala ni..mata berpinar-pinar..dulu selalu ambil PARACETAMOL..kalau bawak kereta malam tu kan silau,pastu jadilah sakit kepala..sampai rumah confirm telan lg PARACETAMOL.

Paracetamol biasa digunakan untuk melegakan sakit (atau ketidakselesaan) yang disebabkan oleh: sakit kepala, sakit gigi, sakit disebabkan oleh artritis, sakit otot, osteoarthritis, senggugut dan demam.tapi kita perlu tahu, jika paracetamol di ambil secara berterusan atau pengambilan paracetamol melebihi daripada dos yang disyorkan boleh menyebabkan penyakit pada hati.bahaya kan??

Gambar:Google

Bagaimana cara untuk kita mengelak pengambilan PARACETAMOL? langkah terbaik bagi mengatasi masalah  ini,dengan bertukar kepada pengambilan supplement natural dan ubah gaya hidup kita. Amalkan gaya hidup sihat. Hindarkan diri kita daripada unsur-unsur yang boleh mendatangkan sakit kepala,migrain.lagi? kita perlu jaga dan mengamalkan pemakanan sihat,dari ubat-ubatan bertukar kepada supplement semulajadi. barulah hidup sihat dan kuat!



PUNCA SAKIT KEPALA DAN MIGRAIN:

  • Punca Dari Pakaian
Pakaian yang tidak sesuai seperti terlalu ketat di bahagian pinggang boleh menyebabkan pening kepala, begitu juga dengan bauan atau minyak wangi yang keterlaluan

  • Punca Dari Cahaya
Anda boleh mendapat sakit kepala sekiranya anda duduk bertentangan dengan sumber cahaya yang terang - Silau

  • Punca Dari Mata
Mata yang kabur dan kelabu bila melihat sesuatu dengan merenung boleh menyebabkan sakit kepala, begitu juga dengan cermin mata yang tidak sesuai kuasanya dan cermin yang kotor boleh menyebabkan sakit kepala

  • Punca Dari Penyakit
Penyakit-penyakit seperti barah, migrain, Denggi, kencing manis, dan sebagainya boleh menyebabkan sakit kepala.

  • Punca Dari Kepala
Otak yang bercelaru dengan fikiran yang tak menentu juga boleh menyebabkan sakit kepala

  • Tekanan fizikal atau emosi 
  • Waktu tidur yang tidak teratur 
  • Merokok atau terdedah kepada asap rokok 
  • Stress


Shaklee ada tak supplimen untuk mengatasi masalah sakit kepala dan migrain?
mesti lah ada!

Gambar:Google


Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D)

Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.

Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.

Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.

B Complex

Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang mograin, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.

Cara Makan:

B Complex 1 Biji/sehari
Ostematrix 4 Biji/sehari



Berminat nak jana income dengan Shaklee? Nak ada bisnes side income yang mampu jana 3-4-5 angka? Tiada yang mustahil bersama Shaklee. Hubungi saya ; Telefon : 012.799.5298 email : nanurinos@gmail.com
Nurinahmad.com © . Designed by MaisarahSidi.com