10 September 2015

CARA CLAIM INSURANS - CERMIN KERETA BELAKANG PECAH

6 September 2015

Hari ahad lepas,mak upah seorang jejaka untuk mesin rumput keliling rumah..awal-awal pagi dah datang nak mesin rumput..dalam hati berkata-kata “awalnye,bagus jugak die ni” sebelum die mesin rumput tu,suami tanye die,samada nak keluarkan kereta dari parking ke tak.. “ keluarkan yang ni je(merujuk kepada kereta suami),yang lagi 1 tak payah sbb tak mesin kawasan situ” yang lagi 1 tu,kereta mama medina lah yang di maksudkan..okey kami pun mengikut arahan,keluarkan kereta suami je..kereta lagi 1 duduk diam2 dalam parking.

1 jam lepas tu,mak tengok si jejaka dah kemas-kemas mesin..mybe kerja dah siap..mak siap2 bagi upah..then si jejaka tu pun blaaa.. bile suami dah setel masukkan kereta beliau,elokkk je die cakap “maa,cermin belakang viva PECAAAH” cakap sambil senyum2,ingatkan memain..gurau2 manja..tapi hati ni rasa tak sedap..baik2 nak pegi berak,terus tak jadi..pegi luar,tengok cermin belakang anddd yessss..bukan gurauan yang cuba di sampaikan..MAKKKKKKKKKKKK TENGOK NI!! Bermulalah episode membebel dan memekak…Pong pang pong…dari luar rumah,sampai ke ruang tamu,sampai ke dapur,sampi ke toilet i membebel…sape nak ganti?sape nak bayar?ingat murah ke? Camner nak gi keja esok?nak tukar cermin kat kedai mana?hari ahad mane ade kedai bukak? Tak pandai mesin rumput ke ape? eeeee Rasa nak tumbuk je muka die !! nak mintak ganti rugi jugakkkk..ganti! ganti!ganti!. blaaa blaa blaaa..biaselah perempuan..kalau marah,semua die hembusss..nasiblah sape yang duduk berhampiran..kena pekakkan telingaaaa…



Penat membebel Sampai tertido..ahahaha..bangun2 dari tido,suami cakap “relax la,ada hikmah.allah nak bagi rezeki yang hebat tu..kan boleh claim insurans”  aik macamana mane boleh lupe ade amek insurans untuk cermin! Haiyaaaa sepantas kilat cari covernote..fotostat geran,ic dan lesen..siappp..Esok dah boleh claim!

Rupanya nak claim insurans untuk cermin kereta tersangat lah mudah..semudah ABC,semudah one two three..hehee..Just siapkan dokumen [covernote, geran kereta ,ic dan lessen – Fotostat] nanti tokey kedai bagi borang untuk sign2..tunggu dalam masa 1 jam..taaraaaa ..cermin siap di pasang! Uolsss cermin belakang lagi mahal dari cermin depan ye..hari tu total semua RM450.00 my insurans just cover RM400 je,then baki rm50 kena tambah duit sendiri. So next time kena cover lebih sikit untuk cermin..

bawak kereta sambil tersenyum,feeling lain..macam bawak kereta baru.

kedai ni servis TIP TOP,tokey pon ramah


Berminat nak jana income dengan Shaklee? Nak ada bisnes side income yang mampu jana 3-4-5 angka? Tiada yang mustahil bersama Shaklee. Hubungi saya ; Telefon : 012.799.5298 email : nanurinos@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Nurinahmad.com © . Designed by MaisarahSidi.com