03 September 2013

Cara Atasi Bayi Jaudice/Demam Kuning

Sekadar Berkongsi !

awal tahun 2013,kawan baik aku telah selamat melahirkan seorang baby lelaki yg supeeeer comel!alhamdulillah bersalin normal dan baby pun sihat(mase nih aku baru hamil 2 bulan)..tapi 3 ari selepas tu,baby yg comel tu di sahkan ade  Jaudice/Demam Kuning.Kesian jugak tengok kawan aku tu,ye la dalam keadaan die sakit( sakit kena jahit ka bawah tu) pastu kena ulang alik ke hospital sbb bby die kena tahan wad untuk pemantauan.hurmmm kesiaaan sangat la..cmner pulak kalo aku berada kt tempat die??dah la aku ni jenis tak tahan sakit,abes semua orang aku marah nanti.hihi.tak bole jadi nih,aku mesti pastikan baby aku nanti tak kena demam kuning!!memandangkan aku tak berape mahir ape tu Jaudice/Demam Kuning cecepat  aku google berkaitan Jaudice/Demam Kuning..jom bace sedikit info Jaudice/Demam Kuning yang aku dapat dari google (time kasih google,selalu sangat membantu aku yg blur2 nih)

Jaundis berlaku apabila bilirubin iaitu pigmen yang berwarna kuning berkumpul di bawah kulit. Kadarnya yang tinggi menyebabkan kulit kelihatan kekuningan. Apabila sel darah merah dileraikan, ia menghasilkan bilirubin. Semua darah mengandungi bilirubin dan kebiasaannya akan diproses oleh hati dan disingkir melalui pembuangan najis dan air kencing.

Ketika bayi dalam kandungan ibu, proses ini dilakukan oleh hati ibu. Jadi apabila berada diluar, proses ini mula dilakukan oleh hatinya sendiri. Hati bayi yang belum matang mungkin tidak mampu memproses dan membuang bilirubin dengan pantas sepenuhnya beberapa hari selepas dilahirkan. Ini menyebabkan jaundis terjadi.

Biasa berlaku dari hari pertama ke hari ke 4 mengikut jenis jaundis. Kadarnya akan meningkat sehingga 12mg/dl dan boleh meningkat sehingga 15mg/dl. Jika meningkat sehingga 20mg/dl perlu pengawasan yang rapi dari doktor.

Risiko adalah lebih tinggi untuk bayi mengalaminya jika mempunyai penyebab berikut:
  • Bayi lahir pra matang
  • Darah ibu dan bayi yang berlainan.
  • Mempunyai adik beradik yang menghidap jaundis
  • Mempunyai kesan lebam ketika lahir (sel-sel darah merah ini adalah sebahagian dari lebam yang diuraikan dan menjadi bilirubin sebahagian kumuhan)
  • Etnik Asia
  • Penggunaan oxytocin ketika proses kelahiran
***********************
Mase kandungan 7 bulan,banyak yg aku amalkan untuk mengelakkan baby yg bakal lahir tak kena demam kuning.antaranye:

  • Minum Jus Delima - exceli jus delima ni aku start minum mase kandungan 2 bulan.sebab mase tu tengah mabuk2..kejap2 muntah la..pening jgn ckp la,sepanjang ari kepala ni rase melayang2.jus delima ni rase die masam2 manis.boleh la mengurangkan loya2 tu..so,aku minum seari 2 x je..
  • Minum Susu Kambing - susu Kambing nih aku minum HIGOAT,seari sekali je(tu pun kalo ingat la,hihi) aku lebih suka minum yg fresh..lagi2 kalo susu tu sejuk,nyaman je masuk tekak!
  • Buah Kurma - Buah kurma nih memang tak penah tinggal.seari amek 3 biji
  • Sengkuang Cina - kawan aku cakap kalo rajin mkn buah sengkuang cina,baby tak kena kuning.so,setiap minggu en suami akan beli buah ni.aku tukang makan..sangat sedap! rase sejuk je bila masuk mulut!
  • ESP shaklee - ESP nih,mase aku mula2 minum perggghh..memang tak bole telan..tp dah ari2 telan,alhamdulillah..sedap rupenye!
Selain dari list kat atas sepanjang pregnant aku kuat makan buah,tak kesah la buah ape pun.yang penting buah.tiap2 minggu mesti beli buah.pastu orang tua2 cakap rajin2 minum air kelapa.ari2 aku bedal air kelapa.kalo time cuti tu,aku paksa suami amek kelapa kat belakang umah.fresh!letak ais lg laa mantap!Aku jugak merupakan penggemar ais semasa pregnant.tak kira la cuaca panas ke sejuk ke..malam ke pagi ke..ais tetap di hati.Biasa kan dengar orang kata jangan minum ais masa mengandung nanti baby besar, susah nak bersalin..alhamdulillah my baby lahir 3.51 kg,bersalin pun senang.jahit luka pun tak banyak.hihi..sebenarnye tu semua allah yg tentukan,kite berdoa je yg baik2.insya'allah!
*sy suka mengandung,sy suka bersalin,sy suka ade anak!

Lihatla anak ku,comeeeel kan mcm aku*pengsan*
syukur,takde demam kuning,sihat dan kuat mcm mama!

tips**
nak kurangkan,hilangkan Stretch mark/ tanda regangan ketika hamil?
Amalkan makan dan sapu minyak kelapa dara.dari awal pregnant hingga ke saat nak melahirkan aku mengamalkan minyak kelapa dara atau nak senang sebut VCO from treenea.ade 2 jenis,softgel senang nak telan(aku telan 2 biji pagi,2 biji malam)..jenis liquid/cecair untuk sapu.antara kawasan yg rajin aku sapu vco ni..perut,lutut,siku dan tumit kaki..halus mulus kulit i ! hihihi

VCOA TREENEA

pendaftaran AGEN seluruh MALAYSIA !
 HARGE AGEN rm30/KOTAK

CEPAAAAT sms/whatsapp/call nurin 012-7995298




No comments:

Post a Comment

Nurinahmad.com © . Designed by MaisarahSidi.com