22 August 2011

Henna Design & Body Art Tattoo kluang parade

bagi bakal2 pengantin or sesape yang teringin nak main lukis2*henna* kat tangan,korang bole cari sorang kakak nih (india )kat kat level 1 dalam bangunan KLUANG PARADE. akak nih just bukak table kat tepi penjuru..walaupun hanye menggunakan sebuah meja je,die punye customer...peeerrrhh.agak ramai jugak la..masa aku datang nak main lukis2 tu,lama jugak kena tunggu giliran..bukan setakat orang dewasa je customer akak nih..budak kecik pun ade taw.sementara menunggu giliran,korang boleh tengok macam jenis henna dalam katalog yang di sediakan..hargenye pun okeh la..start from rm5 . . .khidmat body art tattoo pun akak nih bole buat..akak nih juga bole datang rumah korang untuk buat henna especially untuk bakal pengantin..tapi ade cas tambahan la..harge bole runding lagi...keh3*mcm la aku nih rakan kongsi beliau*korang jangan risau,akak nih super peramah . .*sampai penat aku nak layan die ckp*

ms vs dipaa
019 - 773 2744

(^_^)

waktu-waktu yang di haramkan solat sunat

mari kite kongsi sedikit info . .

عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم نهى عن صلاة بعد العصر حتى تغرب الشمس ، وبعد الصبح حتى تطلع الشمس

Maksudnya : Dari Abi Hurairah r.a :Sesungguhnya Rasulullah s.a.w melarang dari mengerjakan solat selepas asar sehingga terbenam matahari dan solat selepas subuh sehingga terbit matahari.[hadis riwayat Imam Bukhari,Imam Muslim,Imam Abu Dawud,Imam Tirmizi,Imam Nasaie dan Imam Ahmad

Waktu waktu yang diharamkan solat yang berhubung dengan waktu
1) Dari terbit matahari sehingga tegak dengan kadar tombak dengan pandangan mata iaitu bersamaan 16 minit.(dalam tempoh 16 minit setelah matahari terbit)

Kadar tombak adalah 4 darjah
Satu darjah bersamaan 4 minit

2) Dari istiwa (pembahagi dua) matahari sehingga zawal (gelincir).Tempohnya terlalu singkat,diharamkan solat ketika ini.

Istiwa adalah : matahari berada di tengah-tengah langit
Zawal adalah : Condongan matahari di tengah-tengah langit

3)Dari langit kelihatan kekuning-kuningan sehingga maghrib.

Waktu-waktu yang diharamkan utuk solat yang berhubung dengan perbuatan

1) Selepas melaksanakan solat subuh sehingga terbit matahari
2) Selepas melaksanakan solat asar sehingga terbenam matahari(masuknye waktu maghrib)

bahan rujukan : blog scene-r