26 April 2011

KEK COKLAT MOIST

 .kawan2,sila abaikan dulang(buruk) & coklat yang bersepah itu.
.mak saya cakap:tidak kemas& tidak kreatif.
(T__T)

kek nih dah lama aku tak buat.last aku buat mase zaman sekolah2 dulu.sejak2 perasaan ingin kawen wujud dalam diri aku nih.aku pun memulakan minat aku pada masakan especially masak-masak kek & kueh,walaupun kadang2 tak menjadi.sape nak try,cuba test.mari salin resepi aku nih

KEK COKLAT MOIST
• 1cawan tepung gandum
• 4 biji telur
• 1 cawan minyak masak
• 1 cawan serbuk koko
• 1 cawan gula halus
• 1 cawan susu cair
• 1 cawan susu pekat
• 2 sudu kecil bikarbonat
• 2 sudu kecil baking powder
• 2 sudu kecil esen vanilla

--->minyak bole di tukar dengan 250 gram buttercup
--->tepung gandum jugak bole di tukar dengan tepung bluekey
--->jika guna tepung bluekey,tidak perlu masukkan baking powder & bikarbonat 



CARA-CARA:
 ***sila pastikan tepung,serbuk koko,baking powder dan bikarbonat di ayak terlebih dahulu
  • pukul telur dan gula sehingga kembang
  • masukkan semua bahan satu persatu dan gaul sehingga rata
  • setelah itu,barulah kite campurkan bahan2 tadi dengan tepung,serbuk koko,baking powder dan bikarbonat.gaul sehingga rata(sedap mata memandang)
  • tuang ke dalama loyang
  • kukus selama 1 JAM
  • selepas kek masak,sejukkan kek untuk proses seterusnye
MOIST
Untuk moistnye satukan 100 gm coklat masak, 1 sudu besar susu pekat manis dan 3 sudu besar air panas dan cairkan secara double boiler hingga pekat dan curahkan diatas kek dan hiaskan ikut suka.

Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment

Nurinahmad.com © . Designed by MaisarahSidi.com