26 January 2011

Custard Caramel

salam~

hari nih aku nak share resepi ngn kenkawan.resepi nih di buat ketika malam hari.saje buat bising kat dapur memalam,biar semua orang tak leh tidur.konon nye nak buat custard caramel.harap-harap menjadi lah.*amin*resepi Custard Caramel nih aku amek dari resepi.mesra.net..

bahan A:
4 senduk gula
2 senduk air

bahan B:
1 tin susu pekat
5 biji telur
1 sudu penuh tepung kastad
1 tin air ( ikut tin susu yg digunakan )
sedikit asen vanila


okeh,mula-mula kite masukkan gula dan air ke dalam periuk dan masak dengan api yg sederhana,pada awalnye gula akan berketul-ketul dan berwarna puteh.jangan risau ye kawan-kawan,teruskan mengacau sehingga gula menjadi pekat kuning keperangan. ..tutup api dan tuang gula itu ke dlm loyang pengukus.

Untuk membuat Custard pulak,kite campurkan kesemua bahan susu, telur,tepung kastad,asen vanila dan air ke dalam mangkuk dan pukul hingga sebati ( 2-3 minit). Tuang bahan kastad ke atas gula yg telah dimasukkan dlm loyang pengukus tadi. kukus hingga masak ( 30 - 40 minit ). setelah masak sejukkan sebentar dan diterbalikkan dgn berhati-hati ke dalam piring.

kawan-kawan jugak boleh gunakan acuan pelbagai bentuk,ia akan kelihatan lebih menarik.mari..mari..mari kite lihat...

1...
2...
3...



nih la haselnye setelah bertungkus lumus buat sepah kat dapur.

~memperkenalkan Custard Caramel versi yayahNana~

custard caramel nih,kami buat guna loyang
pastu balancenye kami masuk kat dalam acuan
~love-love~

ALHAMDULILLAH cubaan kami berjaya.*sedikit bangga*INSYA'ALLAH,kami akan terus membuat pelbagai jenis makanan yang sedap-sedap*smpi kena kencing manis* (T__T)

sekian saje untuk hari ini =)

4 comments:

Nurinahmad.com © . Designed by MaisarahSidi.com